Pada 16 Mac bersamaan 22 Rejab 1439 Hijrah, SMU(A) Meheliah Geting telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Blog Peringkat B5 . Sebanyak lima buah sekolah yang menyertai pertandingan ini iaitu SMU(A)Meheliah Geting, SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung, SMU(A) Nurul Huda Kajang Sebidang,SMU(A) Al-Ulum Padang Embun & SMU (A) Ismailiah Binjai Manis.
Pertandingan ini dikendalikan dan dihakimi oleh Us Nik Mohd Munir Bin Dato Hj Nik Abdul Kadir (Hakim 1) daripada Maahad Amir Indera Petra dan Us Ahmad Abu Ubaidah Qurratu 'Aayyun Bin Fauzi (Hakim 2) daripada Pejabat DUN Pantai Irama Bachok . Pertandingan bermula pada pukul 9:15 pagi di Dewan Tuan Guru Haji Nik Mat.
SMUAMG JUARA!!!
SMU(A)Meheliah Geting telah berjaya menjadi johan pada pertandingan ini manakala SMU(A) Nurul Huda Kajang Sbeidang berjaya meraih tempat kedua. Syabas diucapkan kepada semua peserta.
Comments