Majlis solat hajat perdana ini diadakan pada 27 Sept. 2018 (Khamis) bertempat di Musalla SMU(A)Meheliah Geting. Majlis ini bermula jam 8:00 pagi, sebaik sahaja ketibaan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Roslan serta para ibu bapa. Solat hajat ini diimami oleh YB. Roslan sendiri.
Untuk makluman pembaca, majlis solat hajat perdana ini merupakan tradisi sekolah sejak dahulu lagi. Ia dilakukan pada setiap tahun, menjelangnya hari peperiksaan akhir bagi Ting. 3 hingga Ting. 6. Majlis ini bertujuan untuk memohon daripada Allah s.w.t supaya memudahkan urusan pelajar-pelajar sebelum, semasa dan selepas menduduki peperiksaan.
Moga keputusan yang cemerlang buat semua anak-anak SMU(A) Meheliah.
Insya-Allah, amin.
Moga dengan segala usaha yang dilalukan oleh pelajar, diiringi doa ibu-bapa & guru-guru, anak didik SMU(A)Meheliah mendapat keputusan yang cemerlang.
Insya-Allah, amin.
Comments